Posts Tagged ‘penurunan berat badan yang efektif’

Senaman yang baik untuk menguruskan badan

Memilih jenis senaman untuk menguruskan badan merupakan perkara yang penting kerana jika anda salah memilih senaman semua usaha anda kan jadi sia-sia sahaja.

Senaman yang paling sesuai untuk menurunkan berat badan ialah senaman cardiovascular. Apa yang dimaksudkan dengan senaman cardiovascular?. Senaman cardiovascular ialah senaman yang melibatkan gerakan semua anggota badan seperti berlari, jogging, aerobik, berenang dan sebagainya.

Untuk mendapat penurunan berat badan yang efektif anda perlu mengamalkan salah satu senaman ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk 30minit hingga 40 minit untuk satu sesi. Semasa melakukan senaman ini, lakukan dengan skala perlahan dan tingkatkan ia apabila anda sudah menjadi biasa dengan senaman itu.

Semasa mengamalkan senaman ini, anda juga perlu mengawal kadar pengambilan kalori. Anda dinasihatkan tidak mengambil jumlah kalori yang lebih dari yang diperlukan oleh badan anda kerana kalori yang lebih akan ditukar menjadi lemak dan menyebabkan badan anda tidak mengalami penurunan berat badan. Jumlah yang disarankan semasa mengamalkan senaman ini ialah kurang dari 1000 kalori sehari.

Kierah berharap dengan maklumat ini dapat membantu anda dalam usaha anda menurunkan berat badan anda.

Designed By Web Hosting Rally | Car Hifi | Lautsprecher | Premium Wordpress Themes