PENIMBANG DAN ANDA…….

Penimbang dan anda……..

Hai! Kawan-kawan…..bertemu lagi kita pada kali ini. Kali ini saya akan bercakap tentang penimbang pula.

Penimbang dan anda amat rapat terutama waktu-waktu anda berdiet ni. Terutamanya bila anda memasang target anda sendiri, kerana nombor dan fakta amat penting untuk mengetahui sejauh manakah kejayaan anda. Betul tak?

Tak seperti diet plan yang lain yang menyarankan anda menimbang seminggu sekali atau dalam satu jangkamasa yang tertentu sahaja, saya menyarankan anda menimbang berat anda setiap hari.

Menurut Duke diet & fitness,  satu kajian telah dijalankan dan didapati sesiapa yang menimbang berat setiap hari akan lebih berjaya menurunkan berat badan dibandingkan dengan yang menimbang berat sekali – sekala. Pakar mengatakan bahawa menimbang berat setiap hari akan mengingatkan anda kepada matlamat atau sasaran yang ditetapkan dan akan terus memotivasikan anda. Menimbang berat setiap hari membolehkan anda melihat pergerakan pada graf berat badan anda dari masa ke semasa berbanding dengan hanya melihat berat pada hari tertentu sahaja. Tak ada yang lebih membahagiakan jika dapat melihat nombor pada penimbang semakin menurun.

Tetapi anda harus ingat yang graf berat anda tidak akan sentiasa menurun, ini kerana berat anda berubah-ubah setiap hari. Berat anda tidak akan kekal turun…. Ada masa berat akan naik sedikit dan ada masa akan turun. Ini kerana banyak factor yang mempengaruhi iaitu antaranya, berapa banyak kandungan air dalam badan, dan ada masa termakan lebih. Tetapi kesan dari graf ini anda akan rasa lebih berhati-hati dengan apa yang anda ambik setiap hari.

Kebaikan lain menimbang berat setiap hari ialah anda dapat memantau berat anda dengan lebih efektif. Bila anda mula melihat graf berat anda mula melencong jauh, anda akan mula bertindak untuk kembali ke pangkal jalan.

Tetapi perlu diingatkan menimbang berat setiap hari tidak sesuai untuk semua orang, terutama bagi yang mempunyai masalah anorexia atau bulimia atau juga bila anda rasa kecewa setiap kali naik atas penimbang…. Melainkan jika anda mampu menangani masalah ini, dan cuba lihat macam mana kesannya ke atas anda. Pastinya memberansangkan.

Jika menimbang berat adalah satu strategi yang baik untuk anda, saya galakkan anda untuk teruskan, walaupun setelah anda mencapai berat yang ideal. Kajian menunjukkan bagi mereka yang telah kehilangan berat dan masih meneruskan menimbang berat setiap hari adalah lebih cenderung untuk mengekalkan berat atau dapat masih lagi dapat menurunkan berat badan. Jadi mulai sekarang mula la berbaik-baik dengan penimbang anda, dengan berbuat begini dapat membantu anda mencapai kejayaan.

Penimbang yang saya sarankan ialah penimbang digital kerana penimbang ini akan menunjukkan jumlah penurunan yang lebih tepat. Anda pasti akan gembiran walaupun berat yang turun hanya 200 atau 300 gram, kerana anda tahu yang anda sedang mengalami penurunan… kan?

Jadi macam mana? Semua nya terserah pada anda untuk membuat pertimbangan. Walau apa-apa pun semoga anda berjaya menurunkan berat badan dan kelihatan lebih menawan. Bye2…….

Salam sayang dari

KIERAH

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
Designed By Web Hosting Rally | Car Hifi | Lautsprecher | Premium Wordpress Themes