MAKAN DENGAN BETUL

Makan dengan betul!!!

5 cara yang tidak menyakitkan dan paling mudah untuk mengurangkan 500 kalori.

Tahniah kerana anda sedang menuju kearah hidup sihat, berbadan langsing dan kelihatan cantik menawan…..Kierah berbangga dengan kawan-kawan yang mahu mengubah cara hidup….Love u all….bagi yang sudah banyak kehilangan berat badan… bila sampai the 10 pounds ni memang menyeksakan….kadang-kadang rasa macam nak set penimbang tu sendiri… hehehehe. Takper kierah ada beberapa petua yang kita sama-sama boleh aplikasikan bersama….untuk turunkan berat yang degil tu….pada yang baru nak turunkan berat pun boleh ikut jugak.

  • Kecilkan saiz hidangan anda….. kalau kita selalu makan hidangan yang bersaiz “medium” apa kata kita tukar saiz hidangan kita kepada “small” plak. Kalau kita biasa ambil segenggam kacang apa kata kita tukar kepada separuh genggam, kalau biasa ambil 2 keping roti untuk buat sandwich sardine contohnya, boleh kita ambil sekeping sandwich sardine bersama sayur. Banyak dah kalori yang boleh dikurangkan.
  • Elakkan lemak.….kalori yang berlemak ni mudah serap… so seeloknya elakkan dari menambahkan dalam hidangan kita. Contoh kalau kita biasa beli tuna dalam mayonis apa kata kita beli tuna dalam air tu… kan dah banyak kalori yang boleh dikurangkan… elakkan minyak untuk menumis… kalau nak buat sup sayur ke tak perlu letak minyak….sedap hmmmmm!!!! Kadang tak perasan pun tak der minyak. Bayangkn minyak sayur, 15ml ada 123 kalori, itu tak termasuk garam , ayam, udang, sayur yang kita buh…. So bersama-samalah kita renung, sup sayur yang sepatutnya jadi sihat habisnya……aduhhh. Gantikan herba dan rempah ratus…jangan masukkan marjerin dan mentega. Untuk pengetahuan anda marjerin dan mentega sama-sama tidak sihat.
  • Jangan bersihkan pinggan anda…… bukanlah maksud kierah lepas makan jangan basuh pinggan…ini bahaya ni. Maksud kierah kalau kita makan apa-apa jangan habiskan semua….cuba bayangkan kalau banyak yang kita makan kita tinggalkan, kita tak habiskan… anda pasti akan terkejut betapa banyak kalori yang akan anda elakkan… banyak tuuuu…sebelum kita ambil apa-apa makanan fakir dulu….sesuap makanan yang kita ambil mengandungi kalori, lemak dan sebagainya. Jadi fikir dulu…sebab itu anda digalakkan mencatat setiap apa yang anda makan.
  • Pilih yang segar…….untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian jus buah-buahan dan jus sayur-sayuran banyak mengandungi kalori. Terutamanya yang ada gula… jangan kita ingat kita tengah diet kita boleh simply ambil jus buah-buahan yang ada di pasaran sesuka hati….semuanya ada kalori…HATI-HATI. Cuba bayangkan kita tak makan hanya minum tapi silap2 berat boleh naik hanya kerana minuman yang kita ambil tu…. Sedihnyer.
  • Elakkan extras …….hehehe itu mmg jadi kegemaran kierah dulu kalau nak makan apa2 mesti nak extra….sambal kicap, sos cili, mayonis, cheese, jam, butter semua tu boleh menambahkan kalori dalam diet harian kita, Nampak macam simple tapi….kesan nya besar tuuuuu……

Ini petua yang saya nak kongsi dengan semua kawan-kawan diet saya. Nak diet ni kena ada keazaman yang tinggi. Kalau itu tak tahan ini tak tahan ,… hmmm habis la… tak dapet la eden nak nolong…. Hehehe jangan marah. Oklah setakat ini dulu petua yang saya nak syer. Nanti kita jumpa lagi ok…bye.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
Designed By Web Hosting Rally | Car Hifi | Lautsprecher | Premium Wordpress Themes

Powered by Yahoo! Answers